SK Parit Bilal, Batu Pahat yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Melayu Parit Bilal, telah ditubuhkan pada tahun 1903. Sekolah ini telah didirikan oleh penduduk Kampung Parit Bilal di atas tanah kepunyaan Allahyarham Tn. Hj. Abu Bakar di batu 3 1/2 Jalan Batu Pahat - Tongkang Pecah iaitu bersebelahan dengan Klinik Kampung parit Bilal yang ada sekarang.
Pada tahun 1948, bangunan sekolah ini telah dipindahkan di hadapan Tasik Merdeka dengan 4 bilik darjah 2 buah rumah guru. 1974 sebuah bangunan 2 tingkat dan kantin didirikan . 1990 Bangunan Pusat Sumber Projek Bank Dunia didirikan. 1998 Bangunan 4 tingkat didirikan mengandungi 6 bilik darjah, bilik KH, makmal sains, makmal komputer, PSS dan Bilik Muzik. Dengan pertambahan itu murid semakin ramai dan kini melebihi 900 orang.